Selasa, November 22, 2011

Semua berita Harimau Muda menang.

Berita Dalam Negeri,

"Bapa berang menantu sokong Indonesia"

Berita Ekonomi,

"Kemenangan Harimau Muda sedikit sebanyak mempengaruhi makro ekonomi dan KDNK negara"

Berita Jenayah,

"Budak sekolah didenda RM500 kerana mencuri jersi Malaysia gred AAA made in Thailand"

Berita Hiburan,

"Najwa Latif minat Thamil Arasu"

Berita Saham,

"Fakri naik, kekal.tidak berganjak-ganjak"

Berita Luar Negara,

"PM Zimbabwe Robert Mugabe, mengucapkan tahniah kepada Ong Kim Swee"

Berita Teknologi,

"software dalam Android memudahkan Izzaq Faris menggunakan tongkat secara siber."

Berita Pertanian,

"kemerosoton hasil getah disebabkan ramai buruh ambil cuti menonton bola di Gelora Bung Karno"

Berita Kesihatan,

"statistik pesakit jantung dijangka meningkat sejak Harimau Muda membaham Garuda Muda"

Selasa, November 08, 2011

Sentimenism

Jumaat lepas sekolah adakan majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah.Ramai jug abudak datang sekolah. Gua ramal tak ramai yang hadir. Mungkin dah ramai ikut mak pak depa balik kampung awal sikit sebab nak raya + budak India cuti raya Deepavali tak balik2 lagi. Tapi silap...ramai juga yang datang. Siap ada geng budak India yang datang sekolah, siap pakai baju raya depa lagi. Datang sorang budak India, Kesavan.

"Ustaz mahu maruku?"

teringin juga gua,"Boleh juga, terima kasih!"

gua ambil secubit (dah dihancurkan sedikit).

Kesavan juga menawar murukunya kepada dua orang budak perempuan Melayu,

"Nak?" pelawa Kesavan.

langsung digelengkan sambil memek muka seperti menggelikan sesuatu.

Makin tebal jurang perkauman di negara tercinta kita ini.

Selasa, November 01, 2011

Malas sebenarnya

nak tulis apa?

Malas sebenarnya,
takkan tak tulis apa-apa?

Malas sebenarnya,
takkan tak fikir apa-apa?

Malas sebenarnya,
tapi kalau kau mengarut, gua?

Malas sebenarnya,
malu tengok orang muda otak tua!

Malas sebenarnya,
tak tahan tengok orang kaki bodek.

Malas sebenarnya,
benda bodoh bukan lawannya benda bodoh!

Malas sebenarnya,
pelik tengok kau buat benda kerja tu ingat orang buat benda tu?

Malas sebenarnya,
tapi orang bodoh boleh tulis blog, gua?

Gua malas je...sebenarnya!