Ahad, April 19, 2009
Abah dalam rehabilisi di Rumah Sakit Pekan Sate.
Amin...
###Alhamdulillah abah sudah keluar pada pukul 1 tghari..terima kasih doa kalian...Syukur atas Rahman Rahim ALlah!!!###
Ahad, April 12, 2009
InsyaALlah ambo ke sano...

Novel ini adalah sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya. Novel sulung terbitan Anbakri Publika sdn bhd bakal menemui penikmat karya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.
Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…
Karya: Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri
Harga: RM12.90
Halaman:128
Pelancaran Novel Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang) karya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Ili Sarah Annual Bakri, Oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)
Tarikh: 19 April 2009
Hari: Ahad
Masa: 12.00 tgh-1.00ptg
Tempat: Bilik Kedah/Johor (PWTC)
Jumaat, April 10, 2009
Surat Tok Guru Nik Abd Aziz kepada YB Nga Kor Ming.

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009
YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.
Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”
Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.
Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.
Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.
Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.
* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *
(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Rabu, April 08, 2009
Kan dah cakap dah....
Selasa, April 07, 2009
Apa Tajuk Utama Akhbar Arus Perdana Esok Hari? (Rabu 8/4/2009)
2) Kemenangan PR Bukti Ketelusan SPR
3) Kekalahan di dua bukit bukan cerminan penolakan kepada kepimpinan PM
4) Pas dan PKR menang dengan undi hantu:Utusan
5) Kekalahan BN berpunca dari kemenangan KJ : Kosmo
6) Gempar! Doa Nga Kor Ming dimakbul : Mastika
7) Utusan: Penderhaka menang besar!
8) Utusan: Kemenangan di Btg Ai bukti BN relevan di Perak
9) Berita Harian : Tiada pemenang dan pengalah...masing-masing pertahankan kerusi (play safe)
10) Kosmo : Kempen kotor PR bantu kejayaan di dua bukit
11) Kemenangan BN di Batang Ai satu tamparan hebat buat PR
sambung lagi....
Sabtu, April 04, 2009
Takkan itu sahaja...
Kenapa 13 dari 39?Kenapa yang 13 belas itu sahaja?
Mana lagi 26?
Sudah insaf dan melepasi tahap pemulihan?
Pulih tatkala isytihar PM yang ke-6!!!
Syabas!!!
Jumaat, April 03, 2009
Selasa, Mac 31, 2009
Untuk Sebaran Segera Melalui SMS
1. Rakyat menolak politik kaum UMNO / BN. Politik kaum UMNO / BN hancurkan perpaduan rakyat. Jangan diperdayakan dengan politik kaum UMNO / BN. Politik Pakatan Rakyat menyatukan rakyat. Rakyat sehati sejiwa menyelamatkan negara yang dicintai. Undilah PAS / PKR pada 7/4/2009. Hidup rakyat. Sebar kpd kwn2 di Btg Ai / Bkt Gantang / Bkt Selambau
Eh..Cikgu, Harakah takde ker?

Melalui maluamat yang diterima Harakah akan diterbit dengan nama baru iaitu Hujah dan Suara Keadilan akan terbit dengan nama Suara Keamanan!!!
Dapatkan segera!!!
p/s: kita tunggu cerita sensasi dari Utusan.
Ahad, Mac 29, 2009
Undi YAB DS Muhammad Nizar untuk P059!!!

Mengenali Calon Pakatan rakyat PRK P059, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak.
Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh.
Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Birmingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini. Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta.Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sydney dan Gold coast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.
Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyelesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah korban termasuk penyembelihan binatang korban.Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat.
Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.
Beliau seorang yang bertanggungjawab kerana berusaha keras turun naik ke mahkamah demi menegakkan keadilan untuk rakyat Perak mengenai krisis perampasan kuasa pemerintahan di Perak secara tidak sah oleh Barisan Nasional.Beliau seorang yang bertanggungjawab kerana berusaha keras turun naik ke mahkamah demi menegakkan keadilan untuk rakyat Perak mengenai krisis perampasan kuasa pemerintahan di Perak secara tidak sah oleh Barisan Nasional.
Beliau dianugerahkan pangkat Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 dengan gelaran Dato' Seri. Beliau juga merupakan ADUN Pasir Panjang yang dimenanginya pada 8 Mac 2009 dalam pilihan raya umum yang lalu.
Sekat Najib.
video kurang tepat dengan topik.
Dengar khabar Syeikh Mahmud berada di Terengganu minta perkenan Agong sekat Najib dari jadi PM?
...jangan biarkan hidup anda diselubungi....
Jumaat, Mac 20, 2009
Syafakallah...
Rabu, Mac 18, 2009
I rasa...I tak rasa

I rasa PPSMI perlu diteruskan...
Lagipun,
I dan anak I cakap english at home.
I tak rasa PPSMI boleh hilangkan jatidiri seorang Melayu,
Sebab kita everyday cakap in Malay.
I rasa PPSMI perlu diteruskan,
Cuba you tengok result SPM recently...ok apa!
I tak rasa perlunya kita ikut negara-negara maju,(guna bahasa ibunda)
Kita masih depends on English...
I rasa PPSMI penting,
I perlu fikir nanti anak I nak seek for a job,
English is Important!
Selamatkan Bahasa Ibunda!
Pertingkat P&P dalam Bahasa Inggeris!(Bukan Anti-Bahasa Inggeris)
Selasa, Mac 17, 2009
Moga diberkati ALlah!
Bertempat di Kompleks Sukan Balik Pulau.
Tahniah diucapkan buat Azizal dan Nurul, moga hubungan hangpa diberkati ALlah!
Moga-moga juga majlis meriah serta sederhana itu diredhai ALlah.
Ayam goreng yang dituang kuah percik lada hitam memang terbaik!!!
(eksklusif ker?)
TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakub
(Yang DiPertua Negeri Melaka)
Isnin, Mac 09, 2009
Selawat ke atas Baginda S.A.W
Ahad, Mac 08, 2009
Setahun berlalu, Rakyat beri isyarat!
Api dan Air Mata
Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'
Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'
Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'
Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'
Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA
- Usman Awang
Lagi Gambar Peristiwa 739
Menyiram 'pokok hiasan' sempena Program Hijaukan Bumi
Sekian..
Sabtu, Mac 07, 2009
"Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," Pak Samad
Mahasiswa PKPIM 'pengusung keranda 152'
penawar gas pemedih mata
Jumaat, Mac 06, 2009
Rabu, Mac 04, 2009
PAGI ITU DI BAWAH POHON SENA

Dari hulu mereka mengilir
Dari hilir mudek ke hulu
Yang bermercedez datang berdriber
Yang berwira datang sendirian
Yang merempit membonceng kawan
Yang menapak mengira kaki
Yang berjaket datang berjaket
Yang berbatik datang berbatik
Yang bersinglet datang bersinglet
Yang berseluar pendek datang berseluar pendek
Yang bersongkok datang bersongkok
Tidak ada kad jemputan
Tidak ada datuk tan seri
Tidak ada mak datin mak puan
Semua sebaris bersatu niat
Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu
Gedang di palu
Rebana di pukul
Kompang di ketuk
Nafiri di tiup
Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu
Jin dan afrit pun datang berligar ligar
Hantu dan jembalang datang menggangu ganggu
Setan dan puaka datang sama
Menakut-nakutkan mereka yang berkumpul
Maka mereka pun bersoraklah gempita sekelian alam
Maka mereka pun bertempik memetir suara kedengaran
Mereka tidak lagi takut
Mereka telah jadi berani
Mereka telah mula bangun
Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu
Pagi itu di bawah pohon sena
Bersama gendang bersama rebana
Mereka bernyayi melagukan harapan
Mereka bergurindam melagukan keadilan
Lalu mereka bertandak beramai ramai
Lalau mereka sedar mereka adalah ramai
Lalu mereka ketawa memecah segala ruang
Lalu mereka terus berpesta di bawah pohon sena itu
Mereka membuat sejarah bangsa.
---kredit utk abg Isham 2504---
tukartiub.blogspot.com
Ahad, Mac 01, 2009
Bila Malaysia Plak?
Dah lama aku saksikan situasi ini berlaku sehingga artis berlambak-lambak wujud. Hampir aku tak mengenali siapakah yang sedang menyanyi di televisi tatkala ini (takde masa aku nak menghapal nama dorang). Tidak bolehkah pihak berkuasa membendung rancangan-rancangan ini. Hampir setiap channel ada sahaja rancangan realiti yang disiarkan.
Bukan sahaja rancangan-rancangan sifatnya seperti ini kurang manfaaatnya. Malah ada yang kurang sesuai ataupun tidak sesuai dilihat segenap lapisan kelurga lebih-lebih lagi kanak-kanak.
Tapi biasalah golongan-golongan yang menganjurkan, apa alasan mereka? "Mahu memeriahkan lagi industri hiburan", "Mencungkil bakat-bakat muda" dan lain-lain lagi. Ada pula kadang-kadang itu alasannya jauh untuk disabitkan dengan adab jauh sekali selari dengan Maqasid al-Syari'ah seorang Muslim.
Kalau dahulu rancangan realiti lebih khusus untuk orang dewasa, tetapi sudah menjadi trend kali ini penglibatan langsung si Kecil menjadi penarik untuk sesetengah rancangan.
"Mungkin false generalization, tapi takut keadaan lebih meruncing selepas ini akan terjadi"
Artikel bukan artikel biasa ini lahir apabila melihat klip ini. Mampukah rancangan seperti ini mampu seberang selat Melaka?






