Isnin, Jun 30, 2008

Cubaan Bunuh DSAI

Assalamua'laikum to all,


Kami menerima maklumat daripada beberapa sumber termasuk dari Unit Perisikan sebuah negara jiran yang memaklumkan kepada kami ada cubaan untuk membunuh DSAI di mana beberapa orang pembunuh upahan (hired killer) telah dibawa masuk baru-baru ini.

Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:


1) Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;

2) Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;

3) Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;

4) Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;

5) Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;

Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih. Adios

Zulkifli Noordin

::credited to YB Zul::

zul4kulim.blogspot.com

Ahad, Jun 29, 2008

Perhimpunan solidariti untuk Dato' Seri Anwar di Parlimen


Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti 'Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar' di Parlimen esok (30 Jun).

Himpunan itu akan diadakan pada jam 1.00 petang sewaktu dewan berhenti sebentar untuk waktu rehat, kata satu kenyataan KeADILan hari ini.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, katanya.

Sesiapa yang ingin hadir ke perhimpunan esok untuk menyatakan sokongan untuk Anwar Ibrahim, sila berpakaian formal (lelaki - berkemeja tie, kot dan berkasut; perempuan - berpakaian kemas) dan berkumpul di Parlimen pada jam 12:45 tengahari.

Sabtu, Jun 21, 2008

Rangkul Piala FA malam ni?


Malam ni kemuncak Piala FA antara team kebanggaan aku, Selangor menentang Kedah di Stadium Shah Alam.

Apa yang diharapkan Selangor dapat mendakap sekurang-kurangnya satu piala.

Barisan kemungkinan,



Suffian

Amri,Evan,Nasriq,Asraruddin

Kancung,Kapitan,Indra,Elie

Safie,Frankie



VIVA SELANGOR!!!

Penerajang Kedua untuk Be eNd!!

::lihat berita selepas Zuhur hari ini Sabtu 21/06/08::

sidang akhbar dari Sabah bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim.

UNDUR,UNDUR........UNDUR PAKLAH!!

Selasa, Jun 17, 2008

Les Blues!




Aku harap2 Raymond Domenech turunkan Samir Nasri ngan Karem Benzema pagi ni...please lah...yg kuda2 tua tak payah lah abihkan boreh yo...

Kalo Holland jual game kek Romania, tak guno gak...

"essaie encore et tu y arriveras!!!"

TURUN,TURUN....HARGA MINYAK!!!

PERHIMPUNAN MELANGKAUI SEMPADAN POLITIK

PERKEMBANGAN TERKINI:-

www.protes2008.blogspot.com


MALAYSIA BOLEH!

CEMERLANG GEMILANG TEMBERANG!

Ahad, Jun 15, 2008

Selamat Tinggal...Sayonara BN!

Desas-desus mengatakan satu parti komponen BN akan isytihar keluar BN. Semalam aku dapat SMS dari Harakahdaily.net. Dalam hati berkata inilah tempelak yang berskala besar akan menimpa BN.

Dari rentetan politik negara sekarang ini, aku dah dapat mengagak mungkin ada salah satu parti komponen BN akan isytihar keluar kolisi BN.

Selepas Penang jatuh ke tangan PR khususnya DAP, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menjadi pemimpin BN paling professional melepaskan tampuk kepimpinan negeri ke tangan YAB Lim Guan Eng. Berbanding bekas menteri-menteri besar BN yang lain yang masih diulit mimpi-mimpi ngeri dan cuba bermain hide and seek. Tindakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menjemput YAB Lim Guan Eng datang ke rumahnya bagi membincang tentang pembangunan di Penang. Ini satu fenomena politik yang baru!

Bukan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sahaja yang bersikap professional, bekas Setiausaha Agung Gerakan mengumumkan keluar parti menerima tawaran YAB Lim Guan Eng sebagai bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Datuk Lee Kah Choon sebagai anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan juga Pengerusi investPenang, sebuah anak syarikat PDC.

Di Selangor pula, Tan Sri Khalid Ibrahim menawarkan pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan untuk bersama dalam pembangunan di Selangor.

Semalam (14/06/08), ada juga khabar angin mengatakan seramai 1300 ahli Gerakan di Melaka isytihar keluar parti.

Kesimpulannya, berita yang dikhabarkan oleh Ku Li bahawa ada parti komponen BN yang akan isytihar keluar BN, aku optimis mengatakan Gerakan akan keluar!!

Sayonara BN!!

Khamis, Jun 12, 2008

Mari Berjimat..

Bila gesaan ini dilontarkan oleh pemimpin2 negara kita teringat dengan frasa-frasa indah Mantan Menanda Menteri iaitu "Kepimpinan melalui teladan".

Pemimpin kenalah tunjuk teladan baik dulu. Baru rakyat boleh ikut. Ni tak...membazir bukan main lagi, maka adalah rasional bila dipadankan 'pembazir' sebagai rakan Syayatin.

Rakyat digesa supaya berjimat cermat, ubah cara hidup. Sedangkan rakyat hidup melarat dan terus melarat!

Beberapa contoh pembaziran dan urus tadbir kewangan yang kurang cekap sebelum ini...

Harga sebuah kapal selam =
  • membeli 90000 rumah kos rendah

  • membina lebih 110 sekolah

  • membina 45 hospital

Komisyen RM540 juta beli kapal selam =

  • 1000 biasiswa perubatan di luar negeri.

  • lebih 1/2 belanjawan negeri Kelantan.

  • 1 tahun tol percuma PLUS

Tengok...macam mana nak suruh rakyat berjimat?

Umpama "Superman mengajar anaknya pakai 'sepender' kat dalam" (sesuka hati aku je)

Akhir kata...

Selamat, Aman, Rakyat Kebulur!



Sabtu, Jun 07, 2008

DIRGAHAYU


Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah
Semoga ALlah Lanjutkan Usia
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM
SULTAN MAHMUD AL-MUKHTAFI BILLAH SHAH
Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputraan Baginda
Pada
7 Jun 2008 Bersamaan (3 Jamadilakhir 1429H)
Sembah Takzim Daripada,
dalyaanoon.blogspot.com

Khamis, Jun 05, 2008

KESIAN RAKYAT....

Jom kita main kira-kira...

kenaikan baru bahagi dengan harga baru darab seratus = peratus kenaikan.

RMO.78 / RM1.92 X 100 = 41%

kalo sebelum ni minyak keta kancil aku full RM30 (lebih kurang). Sekarang ni kena bayar RM42.30..bayangkan kalo kancil pun dah full tank dah RM42...apatah lagi keta lain...member-member yang pakai Gen2, pakai City,....macam manolah...tak dapek den nak nolong!

Rebet?
Berapa sangat rebetnya?...RM625/12bulan=Rm 52 sebulan...cukup ker?




Mungkin ini adalah bentuk balas dendam kerajaan kepada rakyat?

Janganlah macam tu...kesian kat rakyat...sebelum ni pon rakyat disuruhnya berkorban.

"Ubah cara hidup....." Cara hidup isteri-isteri menteri tak perlu ubah ker?

Kalau diikutkan graf, kenaikan harga minyak petrol naik dalam 6 kali dlm tempoh 4 tahun dalam tempoh pemerintahan BN di bawah Paklah.

berikutan dengan peratusan harga minyak sebanyak 41%...secara tak langsung harga minyak pun akan naik gak kan?

kalau sebelum ni untung 80 billion, tak mustahil kan kita bleh untung sampai 115 billion?


uih....pakcik kayo!!

akhir kata...

SYABAS!!

berjaya buat rakyat lebih meluat lagi!!

Jumaat, Mei 30, 2008

ezUMNO!...(sebut betul-betul!!)...doa aku..

Ada yang membaca title entry ni mungkin salah satu usaha penjenamaan semula (rebranding) UMNO. Setelah rata-rata rakyat menolak sebahagian besar kepimpinan UMNO yang terlibat dalam pelbagai kontroversi, penyelewengan dan salah guna kuasa. Denial sindrom (sindrom nafi) selalu diamalkan pimpinan UMNO menjelang PRU-12 yang lalu... (klik untuk kupasan Pilihan Raya Umum 12).

Aku bukan rujukan terbaik untuk PRU 12 yang lalu, tetapi natijah dari PRU lepas cukup-cukup memberi gambaran bahawa UMNO sudah tidak relevan lagi. Sehingga Che Det mengumumkan 'keluar parti' dan dikuti dengan Tan Sri Sanusi Junid.

Tapi ada pulak yang teringin masuk UMNO...Alahai...Dunia,Dunia,Dunia...

Ketika dahulu pernah mengagumi beliau, kalo kita dengar ceramah beliau meremang bulu roma kita...bulu lain tak kira lagi...hehehe...Tuntas, bernas, semangat, fakta...itulah ciri-ciri ucapan beliau.

Mungkin ada agendanya sendiri. Saya secara personal berdoa supaya saudara masih kekal dalam misi banteras rasuah...Amiin... Apapun alasan saudara, perjuangan memartabatkan Melayu dan kedudukan Islam..(nape tak masuk PAS jer? pelikkan?).

Alur-alur kecil datang dari banyak arah,harap-harap dah kita jumpa di muara sungai!
Terfikirkah kita Ezam masuk UMNO bila ada kisah sebegini....klik

Rabu, Mei 28, 2008

Runtuhkan 'Tembok Gaza' itu!!!

Zalim....Sungguh zalim!!

Di Tebing Barat, rakyat Palestin dipisahkan dengan tembok Gaza yang boleh disimbolkan sebagai tembok kezaliman.

Di Cheras, penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) dipisahkan dengan tembok konkrit yang jelas sekali meletakkan penghuni BMC dalam keadaan tekanan dan dizalimi.


Sudahlah...takde perikemanusiaan ataupun budi bicara ke? Apa yang ditamakkan dengan mengerah RM0.90 untuk setiap penghuni BMC?!!

Aku pernah bertanya seorang penghuni berbangsa Tionghua di situ, apa yang sebenarnya yang menyeksakan mereka? "Wa talak hal mau bayar tol...tapi tak tahan sama jem maaaa..Hari-hari budak sekolah balik pukul 8 mlm (sekolah petang)".

Polis pun gesa supaya konsesi lebuhraya membuka 'tembok Gaza' itu secepat mungkin, atas alasan keselamatan.


BUKA JALAN! BUKA JALAN! BUKA JALAN!



Ahad, Mei 25, 2008

Kitakan pemurah...

Pernah dahulu kita laung-laungkan dengan slogan dan semangat " akan mempertahankan setiap inci tanah dari kuasa asing ".


Selalu minta rakyat berkorban pertahan kedaulatan negara, sedangkan pemimpin hanya berkata, "this is a win-win situation". Kita pon menang jugak ke? Menang sorak, kampung tergadai?

Sedihla...apo nak buek?:(

Jom fikir apa boleh terjadi kesan isu ini.

Mungkin........

-saiz perimeter dan diameter peta Singapura akan bertambah 2kali ganda.
-tapi macamana?....mungkin ada pengkhianat yang jual tanah dan pasir...mana tau kan?
-ada rancangan menyambung pulau yang ada sekarang bercantum dengan Pulau Batu Puteh.

Sabtu, Mei 24, 2008

Juara Berganda!

Akhirnya berjaya juga Menyu menang dua piala. Piala Liga Perdana dan Piala Juara-juara Eropah. Perisai Komuniti kira tak? Kalau kira maknanya kira treble champion lah kan? ada yang kurang senang dengan statement aku ni...hehehe...selepas kapitan Chelski John Terry menyerlahkan ke'pengkaw'an dek badi sepakan oberkonfiden Ronaldo.

Akhirnya, kemenangan Menyu dijelmakan dengan 'pertolongan' sepakan Anelka. Sekali lagi Van Der Sar (VDS) jadi penyelamat. VDS = Van Der Save!

Tamat sahaja game pagi tu, kemunculan SMS berbaur ucapan tahniah diterima.

Benk-"Glory2 man utd..Haha.Champion forever"
Scott-"Dapat balik rasa European Champions yea Din, kite nak kena gi Emporium Cafe gak ke pasni?hehehe,wuhuu!bro!"
Fad (adik aku)-"Goal..mu mng..
Yoi-"Apa lg,pasni kite g lg parti MU masuk paper then kantoi ngn tapa haha glory2 man utd!



Jumaat, Mei 23, 2008

Derhakakah Che Det?


Cerita fasal DERHAKA ini, teringat menteri hal ehwal belajar, Tok Hishamkeris.

Ada ketika itu sibuk mengecam mantan pemangku memanda menteri DSAI sebagai 'penderhaka'. Yakni kerana khianat terhadap perjuangan bangsa Melayu dek akibat keluar UMNO. DSAI pun apa lagi, lantas menjawab kalau dia (DSAI) derhaka, ayahanda kepada Tok Hisham pun menderhakalah kan? sebab mengumumkan keluar UMNO?

Pelik bin Ajaib kan?

Dalam kes Che Det, beliau keluar bersyarat iaitu keluar UMNO sementara mertua rembau letak jawatan dalam parti sebagai presiden. Jika begitu status Che Det sekarang ni mengikut telahan Tok Hisham, Che Det dikira SEMI DERHAKA lah....

Rabu, Mei 21, 2008

Live Streaming Persidangan DUN Selangor.



Sambil-sambil layan sidang Parlimen layan sidang DUN Selangor

SELAMAT BERSIDANG!!
Layan Persidangan DUN Selangor:-



Selasa, Mei 20, 2008

Haru Biru UMNO!


First time aku tau cerita Tun Mahathir 'menggantung' keahliannya bila dapat SMS dari HarakahDaily. Tak terkejut pun dengan berita itu rentetan bedilan demi bedilan, 'tibai'an demi 'tibai'an saban minggu kedengaran. Lagipun pimpinan UMNO dulu-dulu pun keluar UMNO, seperti Dato' Onn Jaafar (Pengasas UMNO), Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri keluar Parti UMNO.

Tapi.....bukan dulu Tun pun selalu jugak bersandiwara. "Dah lama dah.." dan macam-macam lagi. Tapi itu cerita dulu. La ni apa-apa bleh jadi.

Apa pun yang nyatanya Tun sudah sampai klimaks kritikannya sampai tahap mengambil tindakan sedemikian. Menamakan UMNO hari ini adalah 'Parti Dato' Dolah' bukan Parti UMNO adalah satu kenyataan keras terhadap kepimpinan Pak Lah hari ini.


Harap-harap pimpinan Pakatan Rakyat tidak mudah dikaburkan dengan krisis dalaman UMNO ni..Biarlah UMNO dengan labu-labunya....

Khamis, Mei 15, 2008

16 Mei, Selamat Hari Guru!


Ada yang panggil cikgu, sir, ustaz, ustazah, tok guru dan sebagainya. Apapun gelar, 'insan luar biasa' itu perlu dikenang!

Jutaan terima kasih buat guru-guruku di:-

1) Tadika Umi Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1989)
2) Sek Keb Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1990-1995)
3) Sek Ren Agama As-Sa'adah Wangsa Maju Seksyen 1, Kuala Lumpur. (1990-1995)
4) Sekolah Tinggi Setapak Kuala Lumpur. (Jan 1996-Mac 1996)
5) Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, Bandar Menjalara. (Mac 1996-2000)

Ramai sangat nama-nama cikgu yang nak aku list kan. Aku yakin saat aku tulis ni ada yang masih hidup dan dilimpahi rahmat dan kurniaan bahagia dunia akhirat. Terima kasih guru!

Teringat aku sajak Usman Awang,


"BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat."

USMAN AWANG
1979

Selasa, Mei 13, 2008

Campione! Campione! Campione


Menyu menang lagi...

Kecut perut bila tengok Wigan bukan main lagi struggle nak menang, bukan bleh beat MU jadi champion pon...hehehe

Alih-alih Bolton equalize....apo kono eh jang (Petr Cech)...tangkap ayam ke tangkap bola?

Ramai member2 fan MU kirimkan SMS antaranya berbunyi, "Glory2!! Esok cuti" (Trey), "Another victory waiting @ Moscow" (Shidie)...dan mcm2 lagi...

Moscow!! Here we come!!


13 Mei: Menyorot Sejarah Politik di Malaysia.


Aku sedang membaca dan mengkaji buku, '13 Mei Dokumen-dokumen Deklasifikasi Tentang Rusuhan 1969 Malaysia' (versi Bahasa Melayu). Agak menarik pengolahan Dr Kua Kia Soong melihat peristiwa 'hitam' itu dari aspek yang lain.

Hari Sabtu (10/05/08) aku singgah di MPH Alpha Angle, Wangsa Maju masih ada lagi stok-stok terakhir. Siapa cepat dia dapat...

Buku ini dilancarkan setahun yang lepas di Selangor Chinese Assembly Hall dan ada juga usaha-usaha rampasan dan mengharam buku ini.
Antara sumber alternatif bagi mendapat gambaran jelas peristiwa 'hitam' itu.