Isnin, Ogos 31, 2009
Abahlah tukang ceritanya....
ramalan, masa depan dan kritik.
cerita pasal sejarah,
mengambil hikmah 'ibrah.
cerita bab sukan,
bila masa kegemilangan.
soal jawab agama,
perbandingan yang saksama.
Tanyalah abah..
Khamis, Ogos 27, 2009
'Knock-out' untuk Be End.
"Taklifan wala tashrifan"
Sudah 7 kali gerombolan tersungkur di Semenanjung,
Apa petandanya?
Rakyat tolak pembangunan?
Rakyat tolak ke'melayu'an?
Rakyat mahu huru-hara?
Rakyat mahu pemimpin pengkhianat?
Pemimpin Islam jual syurga neraka?
Pemimpin hasut rakyat marhaen?
Pemimpin hasut rakyat benci kerajaan?
Bahasa rakyat sukar difahami.
Rakyat ajar supaya,
Pemimpin tahu asal pemimpin dari rakyat,
Pemimpin kerja untuk rakyat,
Rakyat mahu pulangan hasil mengundi,
Sudah tiba 'kerajaan masa depan' didik rakyat jadi pandai,
usah sekat rakyat bersuara,
usah sembur rakyat berhimpun,
usah sesatkan panduan dajal,
usah rampas kartun sindir!
kan rakyat adalah tuan!
kesian...rakyat Batang Ai sahaja mahukan pembangunan!
Isnin, Ogos 24, 2009
Bahasa Tubuh DS Anwar Ibrahim.
Korang nak aku ulas ke?
malaslah...korang bacalah...blog ker...Mkini ker...aku cuma nak tunjuk beberapa pergerakan bahasa tubuh DSAI. Buat apa?
Kan tu salah satu cara komunikasi..hampa belajaq la no...
mlm ni grand finale kasi pulun habih2!
Ahad, Ogos 23, 2009
Panorama Pelancong Politik!
Presiden haram mengucapkan....
Jumaat, Ogos 21, 2009
Ramadhan...pada suatu ketika.
Bila tiba je Ramadhan aku sering mengimbau nasib saudara-saudara Muslim kita di sana.
Mana tidaknya mereka dihina dan diseksa pada bulan barakah RAMADHAN!
Jahanam Sial!
Bayangkan sudah diseksa oleh @@#!#$, tak diberi makanan atau minuman untuk berbuka puasa. Hanya menadah air hujan yang turun sahaja.
Biar gambar sahaja yang bercerita.
kerja-kerja baik pulih,
kira gula-gula nak dapat simpati rakyat Muslim.
sendiri campak tahi sendiri jilat.

u
Untuk makluman,kunjungan ini memang hendak ke Takbai, tapi aku tak bleh nak paparkan kerana masalah keselamatan orang di sana.
Kejadian Takbai berlaku sejurus sahaja tragedi letupkan Masjid Kerisik.
Kerana itulah...
Acap kali Ramadhan...pernah ketika dahulu terjadi,
tidak mustahil di tempat kita.
AHLAN YA RAMADHAN.
Khamis, Ogos 20, 2009
Sejarah yang tidak didendang.
Ketika dikursuskan ke BTN tak lama dahulu aku pernah tercelupar ketika menyatakan aku mahu mengumpul buku-buku lama sekarang ini. Perbualan aku berlaku dengan fasilitator aku di situ.
Aku: Ayahanda, mana mahu cari buku-buku lama macam ni?(beliau ada membawa satu sumber rujukan sejarah pra merdeka)
Ayahanda : Saya beli di UKM, di perpustakaannya. Masa itu buku ini nak dilupuskan. Saya beli dengan harga yang murah.
Aku : Saya sedang mengumpul buku-buku lama sekarang ni, baru-baru ini saya baru dapat buku tulisan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.(masa inilah aku tercelupar...padahal yang sebenarnya Pendeta Za'aba)
Ayahanda : o...baguslah...TAPI dia tu Presiden PAS.
*******
Pelik kan kenapa perlu ada perkataan TAPI di situ?
Siapa Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang sebenarnya?
Apa jenis jenayah yang dilakukan Dr. Burhanuddin Al-Helmy?
Komuniskah Dr. Burhanuddin Al-Helmy?
Bukti 3 kali ditangkap bukti kukuh membuktikan Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah ancaman bahaya untuk Tanah Melayu ketika itu?
sehingga diISAkan...
berdosa yang bagaiman sehingga pencennya ditamatkan dan waris-warisnya dinafikan hak itu?
Corak gerakan bagaimana Dr. Burhanuddin Al-Helmy ini?
Kami anak muda lain mahu tahu sejarah ini...
Selasa, Ogos 04, 2009
Maka, semua demostran tiada akal!
eh....ni kan rancangan sukan, pahal mamat ni lencong cita lain plak?ko layak ganti Datuk Johan Jaafar lah!
Panas aku!
Aku terus tulis kat 'wall' akaun facebooknya.(aku dah lupa plak...tapi dia terus respon...). Dia hantar Private Message...berbunyi...
harap awk paham...sekali lagi maaf"
#######
akum.
awk dapat mesej saya?
awk dapat mesej saya?
9:47pm
Aizuddin
slm
ya sy dpt
9:49pm
#######
saya mohon maaf secara jujur
saya hangin hari ini
9:49pm
Aizuddin
iyer tuan.
9:49pm
#######
nak kerja lagi
9:49pm
Aizuddin
tp statement tuan terlalau keterlaluan
nampak bias.
tuan,
9:50pm
#######
maaf ya
kan saya dah mohon maaf
9:51pm
Aizuddin
saya boleh maafkan
9:51pm
#######
saya cari makan tuan
9:51pm
Aizuddin
tapi org lain mungkin terasa
betul tuan!
tapi tuan kan rancangan sukan!
9:51pm
#######
ok la
9:51pm
Aizuddin
tuan buat kerja tuan sahaja...
9:52pm
#######
tu saya kata td...ganggu saya nak cari makan
9:52pm
Aizuddin
yela tuan,
9:52pm
#######
ok lah
9:52pmAizuddin
kalo pihak PDRM beri kerja sama
jg lalulintas...
9:52pm
#######
saya sebagai manusia tak lari dari kesilapan
9:52pm
Aizuddin
takde masalah!
betul tuan...
9:52pm
#######
tapi kalau tuan tak leh maafkan saya redha
saya mohon pada allah swt agarsaya diampunkn
9:53pm
Aizuddin
saya hargainya
tapi mungkin ramai yang terasa...
yg bercakap mulut...
dipandu dgn akal.
9:53pm
#######
awk tolong la saya
9:53pm
Aizuddin
yang kesal lagi...
9:53pm
#######
hehhe
9:53pm
Aizuddin
rancangan tu LIVE!
9:54pm
#######
ok la
saya nak bertugas
9:54pm
Aizuddin
ok...
9:54pm
#######
sbg orng islam saya dah mohon apa yang septutnya
9:54pm
Aizuddin
minta maaf kerana tuan melayan orang yang tiada otak!
9:54pm
#######
akum
9:54pm
Aizuddin
waalaikumusslam!
semoga tuan bahagia!
9:55pm
#######
keep in touch
9:55pm
Aizuddin
berkat rezeki halal!
amin!
9:55pm
#######
jgn kerna benda ni hubungan ssesama islam goyah
akum sekali lagi
9:55pm
Aizuddin
hubungan tak goyah...
InsyaALlah...memang tugas seorang Islam menasihati yang lain.
Addinussahihah...
Rabu, Julai 22, 2009
Tahniah Coach Devan!
Sumbangsih sudah, FA sudah...dan semalam...Liga super!!!
Tahniah Coach!!!
Tak dinafikan keistimewaan yang ada pada Devan. Mahir dalam mengenalpasti potensi pemain-pemain dan diaplikasikan dalam padang! Bak kata sorang member, peminat pasukan Hijau Kuning...Hazwan Siew,"Tahun ni tahun Selangor, Devan tactical lah, Selangor deserved wei!"
Coach,
Kasi Safee boleh score balik...
Macam dah lemau je.
Yang paling selesa aku tengok aksi Kapitan, Amri Yahyah...
Apa lagi aku nak cakap pasal dia ni?
Permainan makin lama makin matang,
Go Ammm!!!
Khamis, Julai 09, 2009
Petroleum oleh Rahmat Haron
buat seorang kawan yang mungkin terjadi dengan sendirinya, tanpa pengaruh luaran)
“Ekonomi adalah bagaimana manusia memenuhi kehendak-kehendaknya yang tidak terbatas berasaskan sumber-sumber semulajadi yang terhad dan terbatas.”
-sepotong ingatan dari buku ekonomi stpm
Kawan, sekarang kita di persimpangan jalannya sejarah tak terduga. Di mana saja, jika engkau sedang memandu, hentikanlah keretamu. Harimau jaguar bagak dan mewah harta berlagak atau si kancil kecil dan parak terhenyak perit hutang keliling pinggang membelit.
Berkhayal lah tentang dagang, niaga dan perang, resah tak berdaya.
Berkhayal lah tentang kematian, cukai, keranda, nesan dan insurans, lemah tak bermaya.
Berkhayal lah tentang kelaparan, undang-undang, saman, simpanan dan pelaburan, kebulur tanah, marah merekah, lecurnya merah, payah tak bercara.
Berkhayal lah tentang pelan-pelan genetik, rimas kosmetik plastik, lemas kecantikan bedah dan segera makanan sampah, puas nafsu meramas lesu.
Berkhayal lah tentang wabak, bencana, bil dan invois, rangkaian kitar semula berita tangis.
Berkhayal lah tentang kemiskinan melata, hak asasi, mata wang, syiling, kertas, ringgit, dolar, yen, dinar dan rupiah, demokrasi duka kemerdekaan nestapa. Pembunuhan melimpah-ruah dan sumpah bernanah. Darahpun tumpah dengan rebahnya ribuan tugu batu logam legam berhala
Berkhayal lah tentang kiamat itu janji terpadamnya api. Gelap kehilangan cahaya mencari.
Berkhayal lah, bagaimana mata dapat melihat tanpa cahaya – teleskop atau mikroskop terkatup jadi buta dan rabun diserkup kegelapan, hitam cukup pekat menyekat pandangan, hitam cukup lebat menyebat kerlingan dan renungan, hitam lobang-lobang tergali cukup dalam, lompong luka-luka menganga kosong, di sana sini hitam, tertikam cedera tak terawat tanpa ubat. Inilah erti sebuah hidup hitam, kota data dari telaga minyak, kerajaan digital dari industri dainasti, bangunan statistik dari jual-beli matematik yang retak; muzium fakta salah benar, galeri salasilah berantai dan menggari, rumah-rumah bunyi, kamar maniak karbon dioksida, kedai-kedai – kimia – seks, gedung-gedung gas pengap menggagal, gudang-gudang gambar taik merayap dan pasaraya – toksik – teks bersarang dari untung rugi yang berkerak, orgi berahi dari dadu judi kesesakan haru-biru, kelam kalibut pesta benda, sangap kabut tanda dan bengap kabus reka - yang akhirnya meledak dan pecah. Kekeringan, rahim ibu yang gering dikeruk - kerakusan menggerudi – zalim – tajam menggaruk kedut kulit yang telah kehilangan gebu, burit berdebu seorang perempuan, berdarah.
Kawan, berhentilah sejenak, jalan petang
Keluarlah dari kenderaanmu.
Hiruplah segelas teh tarik kaki
Bermenunglah soal muram kemurungan, soal sendu kesedihan dan soal keterasingan sendiri.
Fikirkan soal derita, penakhlukan, penghinaan dan penjajahan.
Fikirkan masalah dunia yang bertimbun banyaknya, fikirkan penyelesaiannya biarpun ia sekadar;
kata-kata tanpa formula, ucap tanpa diagram, bisik tanpa kerangka, tawa tanpa strategik, tangis tanpa kawal, senyum tanpa tadbir, jerit tak bermarkah, laung tak berpolitik, keluh tak berjadual dan rintih yang tak dapat diprogram jadi hologram.
Lihat dan
berkhayal lah tentang gerak-gerak jentera menggodam, laju jahanam yang menderu itu. Besi-besi bising terbang membelah awan dan roda-rodapun mencarut berpusing membuat jutaan jalan – darat, udara dan laut bersimpul, bertaut dan tercerut.
Jutaan siaran kerja dan upah hancing dari curah peluh memburuh atau jutaan saluran kaya dan laba pahing dari redah modal berhimpun. Penglihatan, suara dan dengar hingar-bingar tersangkut dalam jaringan korporat dan jala-jemala keparat.
Meriam dan bom, senapang dan peluru, atom dan nuklear dan bala tentera mesin mara mendekat, mengikat gunung-ganang, bukit bukau, rimba, belukar, semak,
Senjata dan penguasa menjerat bulan, bintang, matahari dan cakerawala, menghambatnya ke dalam kawat berduri, tersimpan dalam CD dan terkurung bersama faks, telefon dan e-mel; semuanya hanya jadi senarai dan fail– nama, idea, konsep, subjek dan objek, kategori, sistem, fungsi dan struktur berselirat, kandungan dan zat, vitamin dan virus, penawar pahit dan bisa tawar; manusia fikirannya mesin, sains beli belah yang menjalar, melingkar, bersaing dan berlomba untuk segera menang, lalu meratah yang kalah, melauk lunyai hingga rebah terbarai.
Kawan matikan enjin keretamu, keluar dari keretamu, berjalanlah perlahan-lahan.
Melangkahlah dengan kaki, kita jejak tapak-tapak tak bersepatu, kita selak jari-jari berkematu.
Melompatlah, jatuhkan tubuhmu atas pasir pantai putih buih ombak di bawah pohon-pohon kelapa menghijau segar desir angin mendayu dan merayu, berkhayal kekasihmu lembayung indah langit petang dan dengarkan senja bersenandung lagu syahdu.
Berkhayal lah tentang pagar, daerah dan wilayah, benua, musim dan cuaca, berkhayal lah tentang bunga dan pohon-pohon tua, yang bernafas sebelum adanya kita.
Bertanyalah, bumi hari ini berpeta dari apa? Dari tenaga. Ya, tenaga bangkai, mayat dan sisa alam reput tertanam, jutaan tahun mengeram terpendam, kemajuan membangunkannya, perubahan menebuknya, teknologi membukanya, perkembangan menyedutnya, lalu tamadunpun mendapat nyawa dan inilah katakuncinya – inilah ruhnya – rusuh yang hitam.
Kegelapan bangkai purba mengalir memberi makan. Pandir mayat lama mencair memberi minum.
Kita jadi terlampau sasau badi dari semadian zaman lampau, anomie – melampau - kita iri, terlalu kemarukkan masa depan, terlalu elok dan sibuk mempromosi esok masih ada, tapi masa-masa mendatang bukan milik kita semata, kita dirasuk busuk semangat hitam konsumerisme, iklan-iklan berkentalan menyerang, mengetuk, menyeluk dan merangsang, hasad menebal membusung – lekit hanyir membonyer, sombong pangkat dan pingat, tiap saat dengki mahu diingat berputar alatnya menunggu waktu memburuk, bahang panas terbakar – abu, arang, bara – mengaruk dan mengamuk.
Ketamakan pantas memintas, bercambah tak bercantas, berkembang luas membiak biang dan gatal bertindak.
Ganas membaham hutan yang tersisa, buas melahap lautan gelora, manusia mesin sintetik berkuku besi mengikis tulang-tulang tak bergizi, menitik urat-urat tak berisi, melapah organ-organ badan, mengunyah tubuh dan daging tak berdosa. Menindas dan memeras semua yang lemah tanpa senjata. Melenjan dan menekan semua yang melawan tanpa sempadan.
Kawan, matikanlah enjin kenderaanmu itu, engkau memegang kuncinya. Hendak ke mana kita, cepat atau lambat, senja telahpun tiba.
Begitu tebal asap cemar di atas jalannya racun.
Kita jadi bebal, kesal dan lupa. Mantul, tolol dan kantul, berat, kita sesat dan bangsat.
Berkhayal lah tentang seribu kesakitan jiwa – paranoya, skizofrenia dan phobia.
Ketakutan berbagai pola dan bentuk; jenama, cap, tajuk, harga, nilai dan guna; geli, cinta, puja, loya, suka, selera dan benci.
Makmal maya, perisian kelamayar, permainan-permainan empayar, mampat dan padat dengan seragam hubungan dari layar kaca, butang dan suis dan kais kekunci plastik.
Kita berperan dalam opera yang teknik dan drama multi-media yang mekanik.
Di panggung-panggung interaktif saham dan bon, wang begitu cepat menimbun dan kita lemas tenggelam terkaut ke dalam karungnya harta.
Angka dan abjad melalak, mengira dan mengeja. Bahasa dan maklumat merebak, lumat merencat dan terkujat. Ilmu, ragu-ragu dan tak tahu, licik andai semu menilik dan pandai licin menipu.
Ruang jadi tambah sempit di tambak masa terhimpit dan pulau ditambak dari bukit ditarah dan waktu di tembak dari tanah ditebak rabak.
Ini serabut yang kehilangan punca, dawai merawai, wayar dan kabel dan komputer dan elektronika dan pencawang dan kawah-kawah parabola dan radio dan robot dan cip dan tivi dan internet dan satelit dan gelombang di udara dan tiang-tiang bersimpang siur, layu dilayur api membakar tiap penjuru, alam lusuh dan keruh.
Jentera mesin motor kilang sia-sia tenaga-tenaga-tenaga-tenaga-kehidupan yang kendur tanpanya. Mundur dan mundur dan mundur ke belakang. Ukur dan ukur dan ukur. Sepanjang ini, sependek itu.
Kawan, ku ulang lagi hentikanlah enjin keretamu dulu. Tak kiralah kancil atau rimau jaguar, wira atau waja, kenari atau kelisa, tiara atau saga, perdana atau putra, rusa atau juwara. Berehatlah dengan rasa.
Berkhayal lah tentang duka, tentang nestapa, tentang sengsara, tentang laranya dunia.
Berkhayal lah tentang alam mekar tanpa peniaga liar, tanpa diktator mengatur perintah, tanpa belot mencalar merebut kuasa, tanpa daulah lapar mencabut nyawa.
Berkhayal lah tentang manusia khianat, liat dan terkuat itu kununnya hebat. Argh, palat.
Berkhayal lah tentang bingainya monopoli – bacin bancai – ekonomi teknologi.
Berhentilah memandu dan keluar dari kenderaanmu, sebelum minyaknya habis, sebelum tangkinya kontang, sebelum stesennya lapang dengan putus asa.
Berkhayal lah tentang kuasa, tentang had, tentang kesempurnaan, tentang keabadian, tentang sebuah kenyataan menjadi manusia.
Berkhayal lah tentang karat, tentang kopak, tentang luntur, tentang rosak, tentang kokak dan tentang reput.
Berkhayal lah tentang parah, tentang kudis, tentang parut, tentang barah dan rasuah. Senjata yang berkarat tersadai, penjara yang runtuh terabai, negara yang mamai tak tercapai. Apakah ertinya lagi sebuah negara tanpa senjata dan penjara, apakah ertinya kuasa tanpa darjat sempadan membeza, tanpa tenaga menggerak nyawa?
Kawan, tinggalkan saja kenderaanmu di jalan peradaban lelah, yang dah tak larat ini.
Berkhayal lah tentang minyak yang akan habis dimamah dahaga pembangunan membina banggunan.
Saat itu pasti datang. Saat kemajuan haus meradang, saat teknologi lapar terkejang. Tanpa semah, tanpa sembah berjamu, tugu-tugu batu tinggi bakal menggelepar, mencakar-cakar langit, menggelitik, tumbang dan runtuh terbongkang.
Berkhayal lah tentang kemusnahan dendam dan cita-cita terkangkang. Kelas-kelas atas mengeras, kebas diam membatu, status-status terputus. lantas revolusi, kreativiti, reformasi, madani, hadhari, evolusi, resolusi, konvensi, transformasi, inovasi, teori dan motivasipun jadi basi, terburai, mengasam dan berkacai.
Jutaan mulut melopong menelan payau liur, menggagau mengidam pahit, resam berencah jadam, lidah kelu, kaku menjilat lebatnya bulu dan tegak kepala menegang kacau, hujah segan kehilangan maruah, arus ini terlalu deras, keras ia menghempas, seperti tsunami tiba-tiba menyergah, merampas mimpi dan angan-angan yang melangit tingginya – gugur, hancur dalam seribu derai air mata kecewa. Dan segalanya kembali reput – jika ada – jutaan tahun lagi tinggal fosil, tinggal tinggalan yang tertinggal.
Ayuh berkhayal lah, keangkuhan pura-pura bergoyang, kesombongan tipu daya bergewang, bangga meraga meleweh– masuk lif naik sendiri,
berkhayal lah setinggi yang mungkin, jauh ralitnya ke langit ketujuh,
ayuh berkhayal lah sedalam perut bumi bergoncang.
Sementara akal masih tergamak merabak dan keinginan galak mencanak,
sementara kimia menggelegak meradak,
menebak dada dan otak,
sementara itu berkhayal lah
untuk jadi kekal.
Sebelum segala kemungkinan terpadam,
berkhayal lah kerana itu saja yang tertinggal (bagi yang tak punya apa-apa).






