Khamis, Julai 24, 2008

Tahniah Datuk Fauzi Abdul Rahman!


Umum mengetahui bahawa bekas Timbalan Menteri dan juga bekas Ahli Parlimen Kuantan telah mengisytihar untuk menyertai PKR dan bersama dengan rakyat melawan pemerintah zalim dan rasuah. Tahniah Datuk!

Bagi aku tak terkejut pun dengan tindakan Datuk Fauzi kerana sebelum ini pun beliau sangat lantang tentangrasuah dan penyelewengan kuasa di Pahang khususnya. Lagipun Datuk Fauzi dah muncul di khalayak ramai ketika DSAI berceramah di Kampung Razali, Kuantan Pahanp pada ahad lepas.

Yang menarik minat aku nak tulis entri ni adalah, untuk makluman Datuk Fauzi adalah anak kepada insan yang bertanggungjawab memikul beban menaikkan martabat Bahasa Melayu.

Pernahkah korang dengar nama ABDUL RAHMAN TALIB? ataupun pernah ke tidak mendengar istilah LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB?

Antara isi-isi laporan tersebut:-

-Bahasa Melayu sebagai matapelajaran wajib selain Bahasa Inggeris.
-Bahasa Melayu diajarkan di semua jenis sekolah dari darjah satu.
-Syarat lulus Bahasa Melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah dan pusat latihan guru.
-Memberi insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Menteri sekarang?....................lu pikir lah sendiri...........

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://world-keralam.blogspot.com/