Selasa, Februari 24, 2009

Teringat Pesan Tuan Guru...

Sedang member menzahirkan perasaan sirap* terhadap sorang lagi member yang sedikit sebanyak pertikaikan kredibiliti Tuan Guru Nik Aziz,aku tinggalkan cerita dan pertikaian dangkal tu..

Aku teringat akan pesan Tuan Guru yang lagi sorang ni, Tuan Guru Prof Dato' Dr Harun Din (TGHD). Kalo selalu menghadhiri kuliahnya dia selalu mengaitkan dengan kisah-kisah para Sahabah dan Anbiya' beserta dalil naqli samada Ayat suci al-Quran mahupun Hadith Shahih.

Cerita pasal boikot barangan US/Israel ni, aku rasa ramai orang dah peduli untuk bertindak memboikot produk merek. Mungkin ada yang berpendapat, "aku tak bleh nak lawan rejim tu kat sana, at least aku boikot barang dorang" tidak kurang juga yang berpendapat sebegini, "apa boleh buat dengan kita boikot barang dorang?"


"Mekdi terpaksa buat kenyataan bahawa dorang takde kena mengena dengan Israel"

"Siap buat promotion lagi tuh!, takde orang nak masuk dah"



Tidak kisahlah apa jua rasional yang diberi berhadapan dengan isu ini cuma pesanan TGHD memberi kesan yang mendalam kepada aku. Harapnya padan kalian semua...InsyaALlah..

Ianya berkenaan cerita pasal ketika Nabi Ibrahim A.S dibakar. Seekor burung berulang alik dari punca air dengan membawa air yang hanya dapat dibawa dengan paruhnya sahaja dan mencurahkannya pada api yg besar itu. kemudian, burung itu ditanya, "kenapa kau menyusahkan diri dengan membawa air yang sedikit itu untuk memadamkan api yang marak membakar nabi ibrahim itu?engkau tidak akan dapat memadamkan api tersebut dengan hanya air yang sedikit!"

tetapi burung itu menjawab "aku tidak mahu di akhirat kelak apabila ditanya apakah yang aku lakukan apabila Nabi Ibrahim A.S dibakar? sedangkan aku tak berbuat apa2" jika burung yang tak diazab pun berusaha sampai begitu sekali, inikan pula kita....

ingatlah bukan hasil yang ALLAH mahu, tapi usaha kite!

Daripada tak buat pape...Teruskan memBOIKOT!

p/s: Dengar cite dah banyak Mekdi dan Kay.eF.si macam nak tutup jer...betul ker?

*sirap = bengang

Tiada ulasan: