Khamis, September 03, 2009

Disekat lagi.


Dalam ruangan komuniti maya FB, aku cuba menukar karakter; seorang yang rasis, konon-konon di belah pihak yang benar dan adil, ala-ala menyanjung tinggi perlembagaan. Tapi ramai yang lihat satu usaha yang sia-sia. Kebanyakannya rakan-rakan yang sudah tentu anak-anak muda yang sudah celik dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Melihat peristiwa di Perak, ada semacam tak kena. Apa beza suasana depan SUK Perak dan di hadapan SUK Selangor?

di hadapan SUK Perak

Wakil-wakil mahu bersidang. Bincang hal negeri. Untuk rakyat jelata, Melayu,Cina, India, Punjabi. Mereka orang yang baik-baik, membela rakyat. Tanpa membawa kepala bangkai mana-mana haiwan.
Disekat, dihamun!!!


di hadapan SUK Selangor

Mana suku dari mana pun tak tahu datangnya. Tunjuk perasaan berbaur perkauman. Usung kepala lembu. Mungkin ada unsur-unsur hasutan. Tetapi...Polis.

Diiring dengan tenang!!!

DOUBLE STANDARD!!!

Kejadian-kejadian ini bukan orang lain tak tengok dan buat pemerhatian. Sudahlah bersangka yang belah kamu sahaja yang betul adil dan blablabla! Orang lain...jahat,zalim...blablabla

p/s:sampai pokok tu pon ada orang jaga!!!jadi penunggulah oi!

Tiada ulasan: