Selasa, November 17, 2009

Chin Peng dihalang masuk,

Kali ini entri agak berat, pasal sejarah. Memang membosankan bagi sesetengah pihak. Tapi kalo cerita pasal sejarah ni dengar cerita abah syok. Tak macam baca buku teks. Kira abah ni buku teks bergerak lah.


gambar di atas diambil hari Ahad baru ni. Terkejut gak melihat kain rentang mega yang menyambut kedatangan Presiden Republik China, Hu Juntio.

Bukan main lagi 'banner' dia. Kalah 'banner' ceramah PR.

Bukan cerita pasal banner tu. Cuma merasa sedikit prejudis dan sikap selective kerajaan kita. Untuk makluman Hu Jintao ini juga Setiausaha Agung Parti Komunis China. Bukankah kerajaan bersungguh-sungguh menghalang Chin Peng masuk Malaysia kembali.

Jangan label aku komunis ya!

Bila keadaan macam nilah yang buat aku nak tau pasal Chin Peng. Apa yang ada pada tubuh badan Chin Peng sehingga dihalang sedemikian. Apa sikap kerajaan terhadap Chin Peng? Apa Chin Peng dah buat sehingga dia diperlakukan sedemikian? Apa dah jadi dengan Perjanjian Damai Haadyai 1989?

Aku yakin, kera**an tidak anti-komunis tapi anti Chin Peng! Kerana kera**an sendiri yang komunis! hahaha

Tiada ulasan: