Ahad, April 17, 2011

Sanggup Kah?



Ini gambar gua dengan skuad bolasepak bawah 12 tahun sekolah tempat gua mengajar. Kalau bawa team ni memang seronok sebab keluar sekolah, tak payah mengajar. Nampak je seronok tapi orang lain sanggup ke?

Memanglah tak mengajar, tapi bila masuk balik sekolah kena 'cover' balik silibus yang tertinggal.

Ini kerja sampingan jika anda seorang guru.

Tapi ramai yang jadi guru secara literal dan kefahaman umum. Mengajar! Mungkin sebab nama pun Kementerian Pelajaran Malaysia, sebab bukan 'Pendidikan'. Mengajar hanya berlaku dalam bilik darjah sahaja. Perkembangan fizikal murid dalam kokurikulum, hmmmm....."ikut youlah nak bawa budak ke tak!"

Gua nak iktiraf guru-guru yang luar biasa ini. Kenapa gua klasifikasikan sebagai luar biasa? Mereka mengajar dalam masa yang sama bersama-sama murid capai pencapaian luar dari bilik darjah. Tak kisahlah, bawa murid pertandingan bolasepak ke, nasyid ke, choral speaking ke?

Mereka luar biasa!

Masa
Ambil masa sengkang mereka untuk melatih murid. Sepatutnya masa itu mereka habiskan buat keluarga di rumah. Bagi guru yang bujang, sepatutnya rehat di rumah habiskan masa bersama rakan-rakan. Bersantai kat rumah main PS2 ke? Update fesbuk, telefon tunang ke?

Duit
Gua tak nafikan, ini faktor utama kesanggupan seseorang guru kalau nak terlibat ke kancah ini. Kalau nak harap peruntukan, akhirnya kena dahulukan juga duit mereka. "Nanti cikgu claimlah!"

Sanggup kah?

Ini faktor kenapa gua klasifikasikan mereka ini luar biasa. Tapi ada juga suara-suara longkang yang gua terbau, "bestlah dorang asyik keluar sekolah je!"

Tahun depan lu orang lu orang pula, nak?"

Tiada ulasan: