Selasa, November 08, 2011

Sentimenism

Jumaat lepas sekolah adakan majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah.Ramai jug abudak datang sekolah. Gua ramal tak ramai yang hadir. Mungkin dah ramai ikut mak pak depa balik kampung awal sikit sebab nak raya + budak India cuti raya Deepavali tak balik2 lagi. Tapi silap...ramai juga yang datang. Siap ada geng budak India yang datang sekolah, siap pakai baju raya depa lagi. Datang sorang budak India, Kesavan.

"Ustaz mahu maruku?"

teringin juga gua,"Boleh juga, terima kasih!"

gua ambil secubit (dah dihancurkan sedikit).

Kesavan juga menawar murukunya kepada dua orang budak perempuan Melayu,

"Nak?" pelawa Kesavan.

langsung digelengkan sambil memek muka seperti menggelikan sesuatu.

Makin tebal jurang perkauman di negara tercinta kita ini.

Tiada ulasan: