Rabu, September 10, 2008

Ramadhan : Episod 3

Hari ni terasa panas bangat hari ini. Terasa sampai ke malam. Mungkin ujian di bulan Ramadhan.

Hari ni masuk hari ke-9 berpuasa, bermakna kita masih dalam fasa pertama dalam bulan al-Mubarak ini. Bermakna dalam lingkungan Rahmatillah. In english, means Mercy of ALlah.

Dalam tempoh inipun, kekalutan dalam negara baik dari konteks politik dan sosialnya sangat parah. Lihat sahaja di dada-dada akhbar, berita-berita jenayah masih sensasi dan tiada lagi tanda-tanda kesurutannya. Masih sama banyak, malah mungkin lebih teruk.

Kenapa jadi begini?

Mungkin benar dalam tazkirah Dr Wan Abd Rahman, "individu (rakyat) sahaja yang berpuasa, negara tidak 'berpuasa' ". Puasa sendiri bahasanya menahan diri. Justeru individu, keluarga, masyarakat, negara perlu juga menahan diri dari segala ke'fasad'an dan kemungkaran.

Esok....(pagi rabu) (Mengharap rahmat ALlah esok pagi)

DSAI akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen (Jenayah 4) di Tingkat 4 Kompleks Mahkamah KL Jalan Duta @ 0900am atas pertuduhan meliwat Saiful pada 26 Jun 2008.

Ada kemungkinan jaminan ke atas DSAI akan ditarik balik. Ini bermakna DSAI akan merengkok di Sungai Bambu sehingga berakhirnya perbicaraan.

Doakan keselamatan DSAI...amin...

Jangan kalutkaan suasana yang sedang kalut ni!!

Tiada ulasan: