Rabu, Disember 23, 2009

Kifarah.

Ucap tahniah pada pasangan Juzeh-Siti, Lee-Anim, Zamel-Izza, Amer-Salina, Azrul-Aini, Ayie-Azria, dan Scott-Sya. Minta maaf jika ada yang tidak disebut. Mungkin ada sengaja tidak disebut sebab tidak mendapat undangan. Hahaha. Taklah gurau.

Maka, demi penuhi undangan aku pasti tak terlepas untuk pergi. Maka 'kuda tunggangan' aku tidak lain tidak bukan kancil itulah. Aku rasa dah masuk usia lima tahun kalau tak silap aku. Siap dah tukar enjin dah tu. 'Barai' seperti pembendaharaan kata budak sekarang. RM1k++ lesap. Sejak dari itu jangan kata minyak hitam, kengkadang ada duit lebih skit sesaja pi buat servis.

Semacam rasa dah habis cermat. Tapi tidak.

Aku: Kalau ada rezeki...nak jugak pakai keta besa skit...Vios ker?
Wan: oklah tu.
Aku: Opss...tak bleh cakap kuat-kuat nanti dia (kancil) merajuk.

Sungguh dia merajuk. Dia naik darah tinggi. Panas!!! Radiator rosaklah, Gasketlah...Kipaslah Water Pumplah...Pergh...jahil siot! Rupanya aku lupa tengok temprature punya meter.
Takkanlah selalu gi kenduri orang kereta jadi panas. Sekali lagi aku buat pelaburan statik untuk kuda aku ni. Kifarah kot...lengah-lengah pi kuliah! Padan muka!

Tiada ulasan: