Jumaat, Disember 18, 2009

Prof. Dr. Yusuf Al Qaradawi ke Malaysia.

Luqman al-Hakim R.A pernah berkata kepada anaknya :
"Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
(Hadith riwayat Muslim )

Gua saspen sejenak bila dapat tahu beliau mau mai Malaysia. Dan gua kena luangkan masa gua ke majlis ilmu beliau. Sebelum ini gah dengar nama, hujah tuntas dan pendapat bernas. InsyaALlah gua lapangkan masa ke majlis beliau.

Sahibul Fadhilah Syeikh Prof. Dr. Yusuf Al Qaradawi yang juga merupakan Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia akan datang ke Malaysia bersempena program Ma'al Hijrah 1431 di mana beliau insyaAllah akan diberi anugerah sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 1431 pada hari Juma'at ini bersamaan 01 Muharam 1431 / 18 Disember 2009.

Majlis Muhadarah Perdana 2009

9.00a.m Kehadiran

9.20a.m Ketibaan Menteri

9.25a.m Bacaan doa

9.30a.m Ceramah Prof Dr Yusuf al-Qaradawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia

10.45a.m Ucapan Menteri (ada gak?)

11.30a.m Majlis Bersurai

Pada hari yang sama juga iaitu Sabtu, 19 Disember 2009 di sebelah malamnya pula, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk satu program Pidato Perdana Ma'al Hijrah.

Butir-butirnya adalah saperti berikut:

Tempat: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah, Masjid Negeri Shah Alam
Tarikh: Sabtu 02 Muharram 1431 / 19 disember 2009
Masa: Program bermula dengan solat magrib sehingga tamat.

Pada member-member yang lain kalau korang ada masa. Datanglah..(pesan pada gua juga...gua InsyaALlah)...tak datang bagitau dan sebarkan ya! Adalah saham tu nanti...Barakatillah!

p/s: ni bukan program kepartaian mahupun tunjuk perasaan.

Tiada ulasan: