Sabtu, Julai 31, 2010

Cerita Izzat lagi.

Arini ada program ajar budak solat. Gua diamanahkan jaga kelas Izzat. Izzat bukan main suka bila gua jaga kelas dia. Gua ni sikit bawah dari Onizuka! Onizuka lucah, gua cool sikit dari dia.

Izzat tak dinafikan budak bijak dalam kelas dia. Untuk makluman kelas Izzat kelas paling koman. Tapi yang istimewa kelas ni dengar cakap berbanding kelas depan yang punyai segala kategori eksyen.

Berbalik cerita Izzat, masa rehat gua lepak layan makan nasi ayam dengan dia. Gua sapa dia "Izzat, kalau tak cukup pegi amik lagi!". Mulut dia penuh dengan nasi, angguk sahaja tanda mahu belasah nasi ayam tu.

Datang Azrul, budak sengal dalam kelas Izzat, "Wah, banyak ko makan Izzat?". Azrul ni budak anak yatim, ayah dia meninggal tahun lepas. Gua terlupa ayah atau mak dia yang meninggal," Azrul ayah kamu ke mak kamu yang dah meninggal?"Azizul menyibuk, bapanya yang mendapat status penduduk tetap."Bapa Azrul meninggal, bapa Izzat bercerai"

Gua baru tau Izzat dah tak duk ngan ayah dia. Banyak isu keluarga yang Izzat cerita kat gua. Gua hiba gak. Nampak je gua ni ganas.

Izzat memang genius, dia pernah tanya gua pasal Salahuddin Al-Ayubi. Goyang juga gua nak jawab. Bab-bab agama Izzat masih terkehadapan berbanding budak kelas dia yang lain.

Pada sessi akhir borak-borak kosong gua dan Izzat, gua sempat pesan padanya. "Kalau Izzat sayang pada emak Izzat kena belajar pandai-pandai!"

Izzat buat-buat macam paham je.

Tiada ulasan: