Ini cerita cikgu senior di sekolah gua, dia ada temubual eksklusif dengan Izzat semalam.
"Kamu dah beli baju raya?"
Izzat jawab "Tak beli tak sempat dah"
Jawapan Izzat play safe. Cuba sembunyi sesuatu.
Selama gua kenal Izzat, dia cuba sembunyi kesedihan bahawa dia anak yatim.
Cikgu tu tanya lagi, "Lambat lagilah, ayah kamu tak sempat beli ke?"
"Tak"ringkas Izzat jawab
"Bapa kamu kerja malam ke tak sempat beli?" tanya lagi cikgu tu.
"Bapa saya takkan beli" Izzat dah macam nak bagitau cerita sebenar.
"Kenapa???"
"Ayah saya dah meninggal, cikgu"
*****
Izzat boleh berhari raya dengan baju Melayu dan bersamping raya tahun ini.
Cikgu tadi dah cerita pasal Izzat pada kelas lain. Budak kelas lain rasa simpati dan kesian.
Setakat hari ini, wang terkumpul RM50.00.
Alhamdulillah.
Gua dapat rasa macamana budak-budak lain rasa gembira sambut raya.
Gua yang pernah dan sedang mengajar Izzat berdoa semoga Izzat berjaya dunia akhirat!


